Menarik Qaryah Ramadhan

Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under




Gambar-gambar ini dipetik daripada janggutArt's photostrem

Pemangku Raja di Qaryah Ramadhan

Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under


Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhmamad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra berkenan mencemar duli bersembahyang terawih di Qaryah Ramadhan. Baginda juga turut bertitah selepas selesai solat terawih

Pembatalan diskusi

Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under
Adalah dimaklumkan bahawa program diskusi buku Wasiat Nabi kepada Saidina Ali (terjemahan Ustaz Yahya Othman) yang dijadualkan pada malam ini dibatalkan
Harap maklum
Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under

Esok (SELASA)

Bual@Bicara Remaja

Edisi Hari Raya

5.40 petang

Jemputan khas:
Kumpulan Devotees dan Ausri

live : www.qaryahramadhan.com
atau www.elhamproduction.blogspot.com


Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under


Petang Ini

Sepetang Di Ambang Ifthor

BERSAMA ADVICE

(Edisi Hari Raya)

live : www.qaryahramadhan.com

6,000 orang banjiri Qaryah Ramadhan

Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under






Qaryah Ramadhan semalam penuh sesak dengan jemaah yang mengikuti Forum Badar Qubra.
Kupasan menarik diberikan oleh para panelis yang terdiri daripada Timbalan Al Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Dr. Harun Din, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nasuruddin Hj Daud serta motivator dan persenoliti terkenal televesyen, Ustaz Mohd Zawawi Yusuf. Ustaz Mohd Fadhli Shaari daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bertindak sebagai moderator f0rum tersebut.

Adalah dianggarkan lebih 6000 hadirin membanjiri Dataran Warisan Qaryah Ramadhan bagi mengikuti forum yang mengimbau sejarah perjuangan Islam dalam Perang Badar serta mendengar kupasan dan iktibar dari peristiwa tersebut.

Hadirin melimpah ke atas pentas dataran menunaikan solat teraweh. Begitu juga jemaah Muslimat memenuhi ruang dataran Qaryah Ramadhan.
Qaryah Ramadhan mula dipenuhi orang ramai seawal pukul 5.00 petang lagi kerana sebelumnya pada sebelah petang diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim oleh YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ditaja Perbadanan Menteri Besar(PMBK). Turut diadakan majlis ifthor perdana.

(Disunting daripada blog pemudapc.blogspot.com. Gambar oleh : Ruzely)

Duta Jepun berbuka puasa bersama Nik Aziz di Kota Bharu

Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under
KOTA BHARU, 10 Sept: Kemeriahan Ramadhan di negeri Kelantan bukan sahaja dinikmati oleh umat Islam yang menjadikan Kelantan sebagai destinasi beribadat di sepanjang hari namun ia juga menarik minat Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Masahiko Horie untuk sama-sama merasai nikmat umat Islam berbuka puasa.

Image

Bagi meraikan beliau, kerajaan negeri telah
mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di perkarangan Qaryah Ramadhan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi tuan rumah untuk beliau di majlis tersebut.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI, Haji Ahmad Mahmood, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan Haji Abdul Rahman Yunus serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Nik Aziz ketika menyambut kedatangan duta Jepun tersebut berkata, inilah satu kelebihan menyambut Ramadhan di Kelantan di mana seluruh rakyat dan masyarakat bukan Islam turut diraikan di Qaryah Ramadhan.

"Saya amat terharu kerana Duta Jepun yang bukan beragama Islam pun sanggup bersama rakyat negeri ini disamping melihat sendiri suasana umat Islam berbuka puasa,"ujar beliau.

Sementara itu, Masahiko Horie telah membuat lawatan ke Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan diberi taklimat berkaitan pembangunan Semasa dan pelaksanaan peraturan Islam yang ditelah dikuatkuasa oleh MPKB-BRI bagi semua premis perniagaan yang terdapat di bandar ini.

Menurut Yang dipertua MPKB-BRI, Haji Ahmad Mahmood beliau terharu kerana mendapat tahu nama Kota Bharu kini telah terkenal di negara matahari terbit itu dan ekoran dari itulah juga rombongan pegawai MPKB-BRI bersetuju membuat lawatan ke Jepun Oktober nanti.

Beliau berkata, lawatan pegawai MPKB-BRI akan dilakukan ekoran jemputan Datuk Bandar Kasoaka City kepada beliau sebelum ini.

Sementara itu Masahiko Horie ketika berucap di majlis yang sama berkata, lawatan beliau ke Kota Bharu kali ini merupakan kali ketiga tetapi kali pertama ke MPKB-BRI.

Beliau yang menjadi Duta ke Malaysia semenjak dua tahun lalu telah dilahirkan di Okayama Hight 63 tahun yang lalu, mengakui sukar untuk mempelajari Bahasa Melayu kerana setakat ini hanya mampu mengusainya sedikit sahaja.

Beliau juga berharap persahabatan antara MPKB-BRI dengan Bandaraya Kasoaka City akan terus berkekalan.

(Sumber Harakahdaily)

Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under

Malam Ini


09.45 malam


Di Qaryah Ramadhan
Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under

Muslimin dan muslimat dijemput hadir
Diskusi Ilmiah Nuzul Al Quran juga boleh disaksikan melalui www.qaryahramadhan.com










Teruja dengan dengan suasana Ramadan di Kelantan

Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under







Sekumpulan wartawan asing dari Sweden dan Denmark merasa kagum dan teruja dengan suasana ramadhan dan puasa di Kelantan. Para pengamal media asing ini sedang mengikuti program yang diatur oleh pihak Tourism Malaysia dan Kelantan adalah antara destinasi yang menjadi fokus tumpuan mereka.






"Saya rasa tersentuh hati apabila melihat semua orang sujud," itu antara yang terkeluar daripada percakapan salah seorang daripada mereka ketika mengunjungi Qaryah Ramadhan di Stadium Sultan Muhamad ke IV di sini.


Mereka turut dberi penerangan ringkas oleh Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB BRI) Encik Azman Mohd Dahan sambil turut bersama menikmati juadah berbuka puasa.
Lebih menarik mereka turut mengenakan tudung yang dipakaikan oleh anggota Nisa' Kelantan.