Idea solat di tempat awam

Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under
Idea untuk mewujudkan solat terawih secara terbuka ini ketika berada di Sudan. Ketika saya menaiki kapal saya ternampak seorang lelaki tua sedang bersembahyang dalam kebun, lalu saya terfikir untuk bawa budaya ini ke Kelantan.

Demikan kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat suatu merasmikan Qaryah Ramadhan malam tadi. Majilis turut disertai oleh Dato' Hj Takiyuddin bin Hj Hassaan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan yang juga pengerusi jawatan kuasa induk program Ihya' Ramadhan Di Serambi Mekah.

Turut hadir ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), para pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan oarang ramai.

Beliau turut menyingkap secara ringkas bermulanya program sembahyang terawih di tempat terbuka di dataran MPKB-BRI yang dataran itu sekarang tiada kerana pembangunan di kawasan tersebut.

" Siapa ajar bahawa sembahyang semesti di tempat-tempat khusus, kita boleh sembahyang di mana-mana saja atas muka bumi Allah,"

" Jika raja atau sultan ada upacara puja umur, maka ramadhan adalah puja umur Al Quran yang semestinya kita raikan dengan baca dan bertadarus atau orang-orang tua sebuh cederuh" katanya.

Beliau juga menyebut bahawa Ramadhan, sembahyang terawih dan bertadarus ini hanya ada dalam agama Islam sahaja, tidak ada pada agama-agama lain.

" Orang yang bersembahyang adalah berbisik dengan Allah, kalau di hadapan tok guru kita boleh menjaga tingkah laku, maka bila berdepan dengan Allah juga lebih-lebih lagi kita jaga seperti kita sedang melihat Allah" ujarnya.

0 comments: