6,000 orang banjiri Qaryah Ramadhan

Posted by Qaryah Ramadhan Kelantan under






Qaryah Ramadhan semalam penuh sesak dengan jemaah yang mengikuti Forum Badar Qubra.
Kupasan menarik diberikan oleh para panelis yang terdiri daripada Timbalan Al Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Dr. Harun Din, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nasuruddin Hj Daud serta motivator dan persenoliti terkenal televesyen, Ustaz Mohd Zawawi Yusuf. Ustaz Mohd Fadhli Shaari daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) bertindak sebagai moderator f0rum tersebut.

Adalah dianggarkan lebih 6000 hadirin membanjiri Dataran Warisan Qaryah Ramadhan bagi mengikuti forum yang mengimbau sejarah perjuangan Islam dalam Perang Badar serta mendengar kupasan dan iktibar dari peristiwa tersebut.

Hadirin melimpah ke atas pentas dataran menunaikan solat teraweh. Begitu juga jemaah Muslimat memenuhi ruang dataran Qaryah Ramadhan.
Qaryah Ramadhan mula dipenuhi orang ramai seawal pukul 5.00 petang lagi kerana sebelumnya pada sebelah petang diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim oleh YAB Tuan Guru Dato Hj Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ditaja Perbadanan Menteri Besar(PMBK). Turut diadakan majlis ifthor perdana.

(Disunting daripada blog pemudapc.blogspot.com. Gambar oleh : Ruzely)

0 comments: