Harap maklum
Esok (SELASA)
Bual@Bicara Remaja
Edisi Hari Raya
5.40 petang
Jemputan khas:
Kumpulan Devotees dan Ausri
live : www.qaryahramadhan.com
atau www.elhamproduction.blogspot.com
Hadirin melimpah ke atas pentas dataran menunaikan solat teraweh. Begitu juga jemaah Muslimat memenuhi ruang dataran Qaryah Ramadhan.
Bagi meraikan beliau, kerajaan negeri telah
mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di perkarangan Qaryah Ramadhan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ini.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi tuan rumah untuk beliau di majlis tersebut.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI, Haji Ahmad Mahmood, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan Haji Abdul Rahman Yunus serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Nik Aziz ketika menyambut kedatangan duta Jepun tersebut berkata, inilah satu kelebihan menyambut Ramadhan di Kelantan di mana seluruh rakyat dan masyarakat bukan Islam turut diraikan di Qaryah Ramadhan.
"Saya amat terharu kerana Duta Jepun yang bukan beragama Islam pun sanggup bersama rakyat negeri ini disamping melihat sendiri suasana umat Islam berbuka puasa,"ujar beliau.
Sementara itu, Masahiko Horie telah membuat lawatan ke Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan diberi taklimat berkaitan pembangunan Semasa dan pelaksanaan peraturan Islam yang ditelah dikuatkuasa oleh MPKB-BRI bagi semua premis perniagaan yang terdapat di bandar ini.
Menurut Yang dipertua MPKB-BRI, Haji Ahmad Mahmood beliau terharu kerana mendapat tahu nama Kota Bharu kini telah terkenal di negara matahari terbit itu dan ekoran dari itulah juga rombongan pegawai MPKB-BRI bersetuju membuat lawatan ke Jepun Oktober nanti.
Beliau berkata, lawatan pegawai MPKB-BRI akan dilakukan ekoran jemputan Datuk Bandar Kasoaka City kepada beliau sebelum ini.
Sementara itu Masahiko Horie ketika berucap di majlis yang sama berkata, lawatan beliau ke Kota Bharu kali ini merupakan kali ketiga tetapi kali pertama ke MPKB-BRI.
Beliau yang menjadi Duta ke Malaysia semenjak dua tahun lalu telah dilahirkan di Okayama Hight 63 tahun yang lalu, mengakui sukar untuk mempelajari Bahasa Melayu kerana setakat ini hanya mampu mengusainya sedikit sahaja.
Beliau juga berharap persahabatan antara MPKB-BRI dengan Bandaraya Kasoaka City akan terus berkekalan.
(Sumber Harakahdaily)
Demikan kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat suatu merasmikan Qaryah Ramadhan malam tadi. Majilis turut disertai oleh Dato' Hj Takiyuddin bin Hj Hassaan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan yang juga pengerusi jawatan kuasa induk program Ihya' Ramadhan Di Serambi Mekah.
Turut hadir ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), para pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan oarang ramai.
Beliau turut menyingkap secara ringkas bermulanya program sembahyang terawih di tempat terbuka di dataran MPKB-BRI yang dataran itu sekarang tiada kerana pembangunan di kawasan tersebut.
" Siapa ajar bahawa sembahyang semesti di tempat-tempat khusus, kita boleh sembahyang di mana-mana saja atas muka bumi Allah,"
" Jika raja atau sultan ada upacara puja umur, maka ramadhan adalah puja umur Al Quran yang semestinya kita raikan dengan baca dan bertadarus atau orang-orang tua sebuh cederuh" katanya.
Beliau juga menyebut bahawa Ramadhan, sembahyang terawih dan bertadarus ini hanya ada dalam agama Islam sahaja, tidak ada pada agama-agama lain.
" Orang yang bersembahyang adalah berbisik dengan Allah, kalau di hadapan tok guru kita boleh menjaga tingkah laku, maka bila berdepan dengan Allah juga lebih-lebih lagi kita jaga seperti kita sedang melihat Allah" ujarnya.
Datanglah ke Qaryah Ramadhan, di perkarangan stadium muhammad iv, kota bharu, kelantan pada hari selasa jam 5.45 petang untuk menyaksikan interaktif show bersama ELHAM iaitu BUAL@BICARA REMAJA BERSAMA ELHAM.. kepada mereka yang tidak bernasib baik utk dtg ke qaryah ramadhan boleh layari http://www.qaryahramadhan.com/ untuk menyaksikan persembahan elham secara live pada setiap ari selasa jam 5.45 ptg.
Dato Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Ihya Ramadhan Di Serambi Mekah dalam ucapannya melahirkan rasa terkejut dengan jumlah pengunjung Qaryah Ramadhan malam tadi.
Beliau antara lain mengharapkan para jemaah merasa selesa dengan solat terawih di qaryah Ramadhan.
Beliau juga merakamkan ucapan terim kasih dan penghargaan kepada pihak yang sudi menyumbang kepada proram tersebut samada syarikat korparat mahu pun individu-individu.
" Kita masih lagi mengalu-alukan sumbangan oarang ramai samada sumbangan kewangan mahu pun sumbangan dalam bentuk makanan untuk majjlis iftor (berbuka puasa)
Selamat berkunjung ke Qaryah Ramadhan. Rasai kelainan bersolat terawih di Qaryah Ramadhan
Hiwar Hiwar
Wal 'Asr
Taqwim
Pengikut
Blog Archive
-
▼
2009
(20)
-
▼
September
(10)
- Menarik Qaryah Ramadhan
- Pemangku Raja di Qaryah Ramadhan
- Pembatalan diskusi
- Esok (SELASA)Bual@Bicara RemajaEdisi Hari Raya5.40...
- Petang IniSepetang Di Ambang IfthorBERSAMA ADVICE ...
- 6,000 orang banjiri Qaryah Ramadhan
- Duta Jepun berbuka puasa bersama Nik Aziz di Kota ...
- Malam Ini09.45 malamDi Qaryah Ramadhan
- Muslimin dan muslimat dijemput hadir Diskusi I...
- Teruja dengan dengan suasana Ramadan di Kelantan
-
▼
September
(10)